Friday, November 15, 2013
Bangunan Pencakar Langit Mencairkan Kereta Orang Awam
Bangunan Pencakar Langit Mencairkan Kereta Orang Awam
Bangunan Pencakar Langit Mencairkan Kereta Orang Awam | Bagaimana kah perasaan anda bila mendapati kereta yang baru diletakkan berhampiran bangunan pencakar langit tiba-tiba cair hingga menampakkan kesan kemek dan berlekuk? Sudah tentu anda berasa marah dan itu lah yang terjadi kepada lelaki ini apabila keretanya dalam keadaan sedemikian..Nak tahu kenapa perkara ini terjadi, meh usha kat bawah ni..
Sebuah bangunan pencakar langit bernilai £200 juta ini ternyata memberi kesan yang teruk selain dapat mempesonakan para pejalan kaki.
Bangunan yang turut digelar “Walkie Talkie” kerana bentuknya yang seakan-akan alat telekomunikasi itumemantulkan pancaran sinaran cahaya matahari terus ke jalan di bawah, merosakkan panel dan cermin kereta Jaguar XJ.
Kereta malang itu merupakan milik Lindsay Martin, pengarah sebuah syarikat jubin, yang meletakkannya di pusat London pada petang Khamis lalu.
Dia berasa terkejut dengan apa yang dilihatnya. “Mereka perlu memikirkan sesuatu. Saya berasa sangat marah. Bagaimana mereka boleh biarkan ia berterusan?”, kata nya pada City A.M.
Kereta berkenaan berada di bawah pancaran cahaya itu selama satu jam tetapi badan kereta telah menjadi kemek serta mempunyai bau seperti plastik yang terbakar.
Pemilik kenderaan lain yang mengalami kerosakkan sama akibat fenomena ini, yang disebabkan oleh reka bentuk bangunan yang cengkung, juga tampil menyuarakan masalah mereka.
Eddie Cannon, jurutera di sebuah syarikat penyaman udara, berkata kenderaannya pernah mengalami nasib yang sama pada hari sebelumnya.
Beliau berkata: “Kereta saya kelihatan kucar-kacir dengan setiap plastik di sebelah kiri kereta dan papan pemuka telah cair, termasuk botol Lucozade yang kelihatan seperti ia telah dibakar.”
Malah. orang pejalan kaki terpaksa membeli gogal untuk melindungi mata mereka daripada sinaran silau yang luar biasa dan bangunan itu turut digelar ‘Walkie Scorchie’ oleh pekerja-pekerja berdekatan.
Pemaju bersama Land Securities and Canary Wharf berkata, mereka sedang menyiasat perkara itu, sambil menambah: “Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak berkuasa London telah bersetuju untuk menggantung penggunaan tiga tempat letak kereta di kawasan itu yang menjejaskan.”
Bangunan pencakar langit ini mempunyai ketinggian 525 kaki dengan 37 tingkat akan dijangka siap tahun depan. Ia telah direka oleh arkitek Rafael Vinoly.
P/S: Kesian lah kepada pemilik kereta-kereta tu, semua jadi cair, memang patut kena saman.hihhihi
sumber
Like Us
Blog Archive
-
▼
2013
(43)
-
▼
November
(43)
- Kisah Benar Yang Sedih - Abang, Tunggu Mak Di Syur...
- taufan haiyan balasan allah kerana runtuhkan masjid?
- Penjenayah langgar jengkaut selepas curi rantai emas
- Tiga wanita dalam satu bilik dicekup khalwat??
- Sihir kedai pesaing
- 4 ajal kereta berpusing
- Pengikut Siti Nurhaliza & KJ Berbalah Kerana Twitt...
- Bangunan Pencakar Langit Mencairkan Kereta Orang Awam
- Video Hari Terakhir Faizal Ismail (FBI) Bersama Ho...
- Seorang lelaki ditembak di Pengkalan Petah Tawang
- Mesothelioma Disease
- Cancer Support through Mesothelioma Lawyers
- Wajib Baca! Untuk Diri Sendiri Dan Juga Keluarga T...
- Sembilan Jin Berkawan Dengan Siti
- [TERKINI] Wanita bakar diri gara-gara kecewa di ce...
- SEDIKIT INFO PERLU KITA TAHU MENGENAI INSURANS
- Insurans perubatan jaminan rawatan pesakit, ringan...
- Lagi mangsa Lata Tembakah
- Mesothelioma
- Pencuri beri salam sebelum merompak
- 50 anggota JPAM kena rasuk
- Gambar Lawak: Inilah Orang-Orang Yang Memiliki Waj...
- [ Gambar ] Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam ...
- Pengawal keselamatan tembak mati pegawai Ambank be...
- #10 Perkara Yang Anda Nak Tahu Tentang Doraemon
- 20 Fakta Menarik Yang Korang Tak Tau
- [ Terkini ] Kanak-kanak diculik dijumpai di Taman ...
- Prank yang Melampau
- [DG4] #KEJADIAN DI LUAR AKAL FIKIRAN
- [DG2] #Sinopsis Playboy Itu Suami Aku
- [DG3] #Hahhh!!! berita Pengantin Malu Jumpa cicak ...
- [DG3] #Penyamun sewakan periuk nasi
- [DG4] #Bapa dalam masjid gementar anak maut nahas
- [DG1] #Emma Tiada Niat Sorok
- [DG2] #Syarat Kelayakan Baucar Buku 1Malaysia (BB1...
- [DG3] #Harga Playstation 4 (PS4) Di Malaysia
- [DG3] #Cincin Beracun Yang Boleh Membunuh
- [DG4] #Blue Lake, Tasik Paling Jernih Di Dunia (11...
- [DG1] #Zizan Raja Lawak Dimasukkan Ke Hospital
- [DG1] #DUA wajah artis popular ini tidak pernah di...
- [DG2] SERIUS : POLIS PALING TERKENAL SEMASA UJIAN ...
- [DG3] #Cara Protes Harga Minyak Naik
- [DG4] #Kartel Dadah Mexico Update Gambar Dan Aktiv...
-
▼
November
(43)
