Friday, November 15, 2013
Tiga wanita dalam satu bilik dicekup khalwat??

Seramai 39 individu termasuk tujuh wanita dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah diShah Alam, semalam, atas tuduhan berkhalwat sehingga menimbulkan syak di dalam sebuah bilik di Intekma Resort & Convention Centre, pada November tahun lalu.
Bagaimanapun di dalam prosiding yang dijalankan di dua mahkamah rendah berbeza, hanya 29 individu termasuk tiga wanita, yang hadir untuk mendengar tuduhan yang dikenakan ter-hadap mereka.
Mereka yang rata-rata pelajar berusia antara 17 hingga 30 tahun dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah bilik, Blok 4 hotel itu yang terletak di Persiaran Raja Muda, Seksyen 7, di sini, pada jam 2.10 pagi, 15 November 2009.
Mereka didakwa berada bersama-sama dengan bukan muhrim sehingga boleh menimbulkan syak sedang melakukan perbuatan tidak bermoral.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) untuk lelaki dan (b) untuk wanita Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Dalam prosiding semalam, 10 lelaki mengaku salah dan masing-masing dihukum denda RM2,000 hingga RM2,900 atau penjara antara 30 hingga 90 hari manakala 19 individu termasuk tiga wanita mengaku tidak bersalah dan dikenakan jaminan RM1,500.
Sepuluh individu yang gagal hadir akan dikenakan waran tangkap.
Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Muhamad Nazri Basrawi dan Siti Fatimah Ahmad Maulana di hadapan Hakim Syarie Kamarulzaman Ali dan Hakim Syarie Drs Atras Mohamad Zin.
Like Us
Blog Archive
-
▼
2013
(43)
-
▼
November
(43)
- Kisah Benar Yang Sedih - Abang, Tunggu Mak Di Syur...
- taufan haiyan balasan allah kerana runtuhkan masjid?
- Penjenayah langgar jengkaut selepas curi rantai emas
- Tiga wanita dalam satu bilik dicekup khalwat??
- Sihir kedai pesaing
- 4 ajal kereta berpusing
- Pengikut Siti Nurhaliza & KJ Berbalah Kerana Twitt...
- Bangunan Pencakar Langit Mencairkan Kereta Orang Awam
- Video Hari Terakhir Faizal Ismail (FBI) Bersama Ho...
- Seorang lelaki ditembak di Pengkalan Petah Tawang
- Mesothelioma Disease
- Cancer Support through Mesothelioma Lawyers
- Wajib Baca! Untuk Diri Sendiri Dan Juga Keluarga T...
- Sembilan Jin Berkawan Dengan Siti
- [TERKINI] Wanita bakar diri gara-gara kecewa di ce...
- SEDIKIT INFO PERLU KITA TAHU MENGENAI INSURANS
- Insurans perubatan jaminan rawatan pesakit, ringan...
- Lagi mangsa Lata Tembakah
- Mesothelioma
- Pencuri beri salam sebelum merompak
- 50 anggota JPAM kena rasuk
- Gambar Lawak: Inilah Orang-Orang Yang Memiliki Waj...
- [ Gambar ] Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam ...
- Pengawal keselamatan tembak mati pegawai Ambank be...
- #10 Perkara Yang Anda Nak Tahu Tentang Doraemon
- 20 Fakta Menarik Yang Korang Tak Tau
- [ Terkini ] Kanak-kanak diculik dijumpai di Taman ...
- Prank yang Melampau
- [DG4] #KEJADIAN DI LUAR AKAL FIKIRAN
- [DG2] #Sinopsis Playboy Itu Suami Aku
- [DG3] #Hahhh!!! berita Pengantin Malu Jumpa cicak ...
- [DG3] #Penyamun sewakan periuk nasi
- [DG4] #Bapa dalam masjid gementar anak maut nahas
- [DG1] #Emma Tiada Niat Sorok
- [DG2] #Syarat Kelayakan Baucar Buku 1Malaysia (BB1...
- [DG3] #Harga Playstation 4 (PS4) Di Malaysia
- [DG3] #Cincin Beracun Yang Boleh Membunuh
- [DG4] #Blue Lake, Tasik Paling Jernih Di Dunia (11...
- [DG1] #Zizan Raja Lawak Dimasukkan Ke Hospital
- [DG1] #DUA wajah artis popular ini tidak pernah di...
- [DG2] SERIUS : POLIS PALING TERKENAL SEMASA UJIAN ...
- [DG3] #Cara Protes Harga Minyak Naik
- [DG4] #Kartel Dadah Mexico Update Gambar Dan Aktiv...
-
▼
November
(43)
