Welcome

hit counter
Powered by Blogger.
Backlink - OhDunia.my
Friday, November 15, 2013

Penjenayah langgar jengkaut selepas curi rantai emas






Mayat kedua-dua suspek bergelimpangan selepas melanggar jengkaut dekat Kampung Tok Alang, di Tasek Gelugor, semalam. -Foto Zulfa AhmadTasek Gelugor: Cubaan dua suspek kes jenayah curi motosikal meloloskan diri daripada sekatan polis, berakhir dengan tragedi apabila kedua-duanya maut selepas motosikal dinaiki mereka merempuh jengkaut dekat Kampung Tok Alang, di sini, semalam.

Difahamkan, suspek yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 sebelum itu dikatakan dikejar polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Kulim selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan, lalu melarikan diri dengan memecut ke Kampung Selamat, dekat sini.

Dikejar polis


Sebelum kejadian jam 5.45 petang itu, suspek dikatakan meragut dua utas rantai emas dipakai seorang lelaki di pekan ini, sebelum dikejar polis kerana merempuh sekatan di Kampung Selamat.

Menurut sumber, kedua-dua suspek berasal dari Kuala Pegang, Baling, Kedah cuba melarikan diri dengan menunggang ke arah Lunas.

Katanya, ketika suspek tiba di simpang tiga Kampung Tok Alang, sebuah jengkaut dari arah sama dikatakan mahu membelok ke kanan, menyebabkan mereka tidak sempat mengelak dan merempuh kenderaan terbabit.

“Kedua-dua suspek berusia 27 dan 19 tahun itu maut di tempat kejadian. Seorang anggota polis yang mengejar suspek cedera parah di kaki,” katanya

Follow US

http://www.youtube.com/channel/UCsghcTraCTkI2J3aHcW0CgA

Like Us

Blog Archive