Wednesday, November 13, 2013
Lagi mangsa Lata Tembakah

Kakitangan hospital dan anggota polis menolak jenazah Mohamad Farid ke bilik mayat Hospital Besut malam kelmarin.
HULU BESUT - Selepas tiga orang maut sekali gus bulan lalu di Hutan Lipur Lata Tembakah dekat Bukit Payong, di sini, akibat lemas, terbaru seorang lagi menjadi mangsa di kawasan air terjun sama petang kelmarin.
Kali ini membabitkan seorang anggota TUDM, Laskar Udara, Mohamad Farid Kamaruddin, 23, yang bertugas di Bahagian Trafik Udara Pangkalan Udara Gong Kedak (PUGK) dekat Kuala Besut.
Sebelum kejadian Mohamad Farid yang masih bujang bersama empat rakan setugasnya ingin meluangkan masa cuti mereka dengan beriadah di kawasan air terjun tersebut.
Namun, kegembiraan mereka bertukar tragedi apabila Mohamad Farid didapati lemas di air terjun tingkat dua hutan lipur itu.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, mangsa bersama rakannya berlepas dari PUGK pada jam 4 petang dan sampai di Lata Tembakah kira-kira jam 4.30 petang sebelum mereka naik ke air terjun tingkat dua.
Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian mereka mandi-manda dan kira-kira jam 5.15 petang salah seorang daripada rakan mangsa melihatnya tenggelam timbul.
“Mangsa yang dikatakan tidak pandai berenang dipercayai lemas selepas berada di tempat air dalam manakala, rakan mangsa tidak dapat menyelamatkannya.
“Rakan mangsa turun ke bahagian bawah untuk meminta bantuan dan sejurus kemudian pasukan penyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Jertih, Jabatan Pertahanan AwamMalaysia (JPAM) Besut, polis dan penduduk kampung pergi ke tempat kejadian untuk mencari mangsa,” katanya.
Kamaruddin berkata, mangsa berjaya ditemui di dasar sungai dengan hampir keseluruhan badannya ditutupi daun pada jam 6.30 petang.
Katanya, jenazah dihantar ke bilik mayat Hospital Besut untuk bedah siasat dan hasil siasatan mendapati mangsa mati akibat lemas serta tiada unsur jenayah.
Beliau berkata, ketika kejadian keadaan arus sungai agak deras, manakala kedalaman air kira-kira 13kaki.
Jenazah Mohamad Farid dituntut oleh TUDM di bilik jenazah selepas selesai bedah siasat malam kelmarin.
Jenazah kemudiannya disembahyangkan pada jam 1.15 pagi semalam di Masjid PUGK Gong Kedak sebelum dihantar pulang dengan van jenazah ke kampung halamannya di Pangsapuri Segar Ria, Taman Segar, Cheras, Kuala Lumpur.
Dalam kejadian 4 Oktober lalu, tiga pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Jeli, Vikneswaren Balakrisnan, Mohana Raj Mathandra dan Janarthen masing-masing 22 tahun mati lemas di hutan lipur sama. - SinarOnline
Like Us
Blog Archive
-
▼
2013
(43)
-
▼
November
(43)
- Kisah Benar Yang Sedih - Abang, Tunggu Mak Di Syur...
- taufan haiyan balasan allah kerana runtuhkan masjid?
- Penjenayah langgar jengkaut selepas curi rantai emas
- Tiga wanita dalam satu bilik dicekup khalwat??
- Sihir kedai pesaing
- 4 ajal kereta berpusing
- Pengikut Siti Nurhaliza & KJ Berbalah Kerana Twitt...
- Bangunan Pencakar Langit Mencairkan Kereta Orang Awam
- Video Hari Terakhir Faizal Ismail (FBI) Bersama Ho...
- Seorang lelaki ditembak di Pengkalan Petah Tawang
- Mesothelioma Disease
- Cancer Support through Mesothelioma Lawyers
- Wajib Baca! Untuk Diri Sendiri Dan Juga Keluarga T...
- Sembilan Jin Berkawan Dengan Siti
- [TERKINI] Wanita bakar diri gara-gara kecewa di ce...
- SEDIKIT INFO PERLU KITA TAHU MENGENAI INSURANS
- Insurans perubatan jaminan rawatan pesakit, ringan...
- Lagi mangsa Lata Tembakah
- Mesothelioma
- Pencuri beri salam sebelum merompak
- 50 anggota JPAM kena rasuk
- Gambar Lawak: Inilah Orang-Orang Yang Memiliki Waj...
- [ Gambar ] Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam ...
- Pengawal keselamatan tembak mati pegawai Ambank be...
- #10 Perkara Yang Anda Nak Tahu Tentang Doraemon
- 20 Fakta Menarik Yang Korang Tak Tau
- [ Terkini ] Kanak-kanak diculik dijumpai di Taman ...
- Prank yang Melampau
- [DG4] #KEJADIAN DI LUAR AKAL FIKIRAN
- [DG2] #Sinopsis Playboy Itu Suami Aku
- [DG3] #Hahhh!!! berita Pengantin Malu Jumpa cicak ...
- [DG3] #Penyamun sewakan periuk nasi
- [DG4] #Bapa dalam masjid gementar anak maut nahas
- [DG1] #Emma Tiada Niat Sorok
- [DG2] #Syarat Kelayakan Baucar Buku 1Malaysia (BB1...
- [DG3] #Harga Playstation 4 (PS4) Di Malaysia
- [DG3] #Cincin Beracun Yang Boleh Membunuh
- [DG4] #Blue Lake, Tasik Paling Jernih Di Dunia (11...
- [DG1] #Zizan Raja Lawak Dimasukkan Ke Hospital
- [DG1] #DUA wajah artis popular ini tidak pernah di...
- [DG2] SERIUS : POLIS PALING TERKENAL SEMASA UJIAN ...
- [DG3] #Cara Protes Harga Minyak Naik
- [DG4] #Kartel Dadah Mexico Update Gambar Dan Aktiv...
-
▼
November
(43)
