Thursday, November 14, 2013
Sembilan Jin Berkawan Dengan Siti
Sembilan Jin Berkawan Dengan Siti
SERAM!! Sembilan Jin Berkawan Dengan Siti Dimasukkan Dalam Botol..
Sembilan Jin Berkawan Dengan Siti Dimasukkan Dalam Botol | Selepas 15 minit kedua-dua bomoh itu merawatnya, rakan bomoh di luar rumah ternampak satu lembaga dan terus mengejar lalu berjaya menangkap makhluk jin berkenaan.Kerja menangkap berkenaan berlangsung satu demi satu sebelum sembilan jin atau makhluk halus berjaya ditangkap, menyebabkan beratus-ratus penduduk setempat menyerbu rumah gadis itu dan melihat usaha bomoh menangkap makhluk itu.
JERTIH: Rumah gadis misteri di Kampung Gong Nangka, Apal, dekat sini, yang kerap ghaib menjelang senja dan tengah malam diserbu ratusan penduduk apabila dua bomoh yang merawat gadis itu mendakwa berjaya menangkap sembilan jin dan makhluk halus, malam tadi.
TERTARIK… orang ramai berebut-rebut mengambil gambar jin dan makhluk halus yang dimasukkan ke dalam tabung khas sebelum ia dihanyutkan ke laut oleh bomoh malam tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam ketika dua bomoh lelaki itu merawat Siti Balqis Mohd Nor, 22, yang menghadapi masalah gangguan misteri sejak dua bulan lalu menyebabkan dia sering ghaib.
Dua bomoh itu yang datang untuk menawarkan khidmat percuma selepas mengetahui kisah gadis itu menerusi akhbar sejak Selasa lalu, berpecah ketika sesi merawat, dengan seorang mengerjakan solat di dalam rumah dan seorang lagi menggunakan jampi di luar rumah.
Selepas 15 minit kedua-dua bomoh itu merawatnya, rakan bomoh di luar rumah ternampak satu lembaga dan terus mengejar lalu berjaya menangkap makhluk berkenaan.
Kerja menangkap berkenaan berlangsung satu demi satu sebelum sembilan jin atau makhluk halus berjaya ditangkap, menyebabkan beratus-ratus penduduk setempat menyerbu rumah gadis itu dan melihat usaha bomoh menangkap makhluk itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Ramlan Ali serta isteri turut hadir untuk melihat peristiwa yang menggemparkan penduduk daerah ini.
Ramlan berkata, selepas menangkap sembilan jin dan makhluk itu, bomoh terbabit memasukkannya ke dalam bekas khas yang bertutup bagi mengelak ia keluar.
Orang ramai yang menyaksikannya tidak melepaskan peluang mengambil gambar dan video, kebanyakannya menggunakan telefon bimbit, untuk dijadikan kenangan dan bahan bukti kejayaan bomoh berkenaan.
Ibu gadis itu, Norizan Said, 47, ketika ditemui berkata, sejak kisah anaknya disiarkan media ini, Selasa lalu, seramai 17 bomoh datang menawarkan diri untuk merawat Siti Balqis secara percuma, tetapi kejadian malam tadi paling kemuncak apabila bomoh berkenaan menunjukkan kepakaran berjaya menangkap makhluk yang sebelum ini didakwa menjadi punca anaknya ghaib.
Usaha wartawan Berita Minggu untuk mendapatkan komen dan mengambil gambar dua bomoh itu gagal kerana mereka tidak mahu menonjolkan diri, sebaliknya memberitahu makhluk halus yang ditangkap akan dihanyutkan ke laut.
http://papankekunci77.blogspot.com/2013/11/seram-sembilan-jin-berkawan-dengan-siti.html#
Like Us
Blog Archive
-
▼
2013
(43)
-
▼
November
(43)
- Kisah Benar Yang Sedih - Abang, Tunggu Mak Di Syur...
- taufan haiyan balasan allah kerana runtuhkan masjid?
- Penjenayah langgar jengkaut selepas curi rantai emas
- Tiga wanita dalam satu bilik dicekup khalwat??
- Sihir kedai pesaing
- 4 ajal kereta berpusing
- Pengikut Siti Nurhaliza & KJ Berbalah Kerana Twitt...
- Bangunan Pencakar Langit Mencairkan Kereta Orang Awam
- Video Hari Terakhir Faizal Ismail (FBI) Bersama Ho...
- Seorang lelaki ditembak di Pengkalan Petah Tawang
- Mesothelioma Disease
- Cancer Support through Mesothelioma Lawyers
- Wajib Baca! Untuk Diri Sendiri Dan Juga Keluarga T...
- Sembilan Jin Berkawan Dengan Siti
- [TERKINI] Wanita bakar diri gara-gara kecewa di ce...
- SEDIKIT INFO PERLU KITA TAHU MENGENAI INSURANS
- Insurans perubatan jaminan rawatan pesakit, ringan...
- Lagi mangsa Lata Tembakah
- Mesothelioma
- Pencuri beri salam sebelum merompak
- 50 anggota JPAM kena rasuk
- Gambar Lawak: Inilah Orang-Orang Yang Memiliki Waj...
- [ Gambar ] Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam ...
- Pengawal keselamatan tembak mati pegawai Ambank be...
- #10 Perkara Yang Anda Nak Tahu Tentang Doraemon
- 20 Fakta Menarik Yang Korang Tak Tau
- [ Terkini ] Kanak-kanak diculik dijumpai di Taman ...
- Prank yang Melampau
- [DG4] #KEJADIAN DI LUAR AKAL FIKIRAN
- [DG2] #Sinopsis Playboy Itu Suami Aku
- [DG3] #Hahhh!!! berita Pengantin Malu Jumpa cicak ...
- [DG3] #Penyamun sewakan periuk nasi
- [DG4] #Bapa dalam masjid gementar anak maut nahas
- [DG1] #Emma Tiada Niat Sorok
- [DG2] #Syarat Kelayakan Baucar Buku 1Malaysia (BB1...
- [DG3] #Harga Playstation 4 (PS4) Di Malaysia
- [DG3] #Cincin Beracun Yang Boleh Membunuh
- [DG4] #Blue Lake, Tasik Paling Jernih Di Dunia (11...
- [DG1] #Zizan Raja Lawak Dimasukkan Ke Hospital
- [DG1] #DUA wajah artis popular ini tidak pernah di...
- [DG2] SERIUS : POLIS PALING TERKENAL SEMASA UJIAN ...
- [DG3] #Cara Protes Harga Minyak Naik
- [DG4] #Kartel Dadah Mexico Update Gambar Dan Aktiv...
-
▼
November
(43)
