Welcome

hit counter
Powered by Blogger.
Backlink - OhDunia.my
Friday, November 8, 2013

[DG3] #Penyamun sewakan periuk nasi



Arau: Sekumpulan enam lelaki digelar penyamun ‘sengkek’ apabila sanggup menyamun periuk nasi sebelum menyewakannya kepada orang ramai yang mahu mengadakan majlis kenduri.

Kumpulan dianggotai ahli berusia antara 20 hingga 40 tahun itu ditahan secara berasingan sejak 20 Oktober sehingga Jumaat lalu selepas dipercayai terbabit dalam beberapa kejadian pecah rumah.


Difahamkan, kumpulan terbabit turut dikesan mencuri peralatan yang boleh dijual termasuk mesin pembancuh simen, gergaji rantai dan beberapa kelengkapan lain di sekitar daerah ini sejak Oktober lalu.




Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, siasatan awal mendapati suspek melakukan kegiatan samun pada waktu tengah hari dan polis percaya penahanan mereka mampu menyelesaikan 10 kes pecah rumah membabitkan kerugian berjumlah RM7,000.


“Selain mereka, polis masih memburu seorang lagi suspek dikenali dengan panggilan ‘Angah’ selepas dipercayai turut terbabit dalam kegiatan sama.


“Mereka dipercayai bergerak berpasangan dan tertumpu kepada rumah tidak berpenghuni di siang hari sebelum memecah masuk ke kediaman atau stor barangan.



“Semua barang yang diperoleh akan dijual kira-kira 80 peratus lebih murah daripada harga pasaran, malah ada antaranya digunakan sendiri selain disewakan kepada orang lain,” katanya.


Menurutnya, siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 457, Seksyen 380 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana memecah rumah atau bangunan serta mencuri.



Katanya, berikutan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau Asisten Superintendan Sarih Salleh di talian 04-986 2222 bagi menyalurkan maklumat.

Follow US

http://www.youtube.com/channel/UCsghcTraCTkI2J3aHcW0CgA

Like Us

Blog Archive