Wednesday, November 13, 2013
[TERKINI] Wanita bakar diri gara-gara kecewa di cerai talak 3 di Puchong !
Wanita bakar diri gara-gara kecewa di cerai talak 3 di Puchong !

Akibat tertekan dengan masalah rumah tangga dihadapi selepas diceraikan dengan talak tiga, seorang wanita nekad cuba membunuh diri dengan mencurah petrol dan membakar diri di depan rumah bekas suaminya di Puchong, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6 petang itu, wanita berusia 25 tahun yang bertugas sebagai penjawat awam itu kini dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas terbakar hampir 80 peratus.
Sumber diberitahu sebelum kejadian, mangsa datang ke rumah bekas suaminya sebelum berlaku pertengkaran mulut akibat tidak berpuas hati apabila diceraikan dengan talak tiga.
Pasangan berkenaan dikatakan sering bergaduh menyebabkan bekas suami wanita itu menceraikannya dengan talak tiga kerana tidak tahan dengan sikap cemburu buta wanita itu yang menuduh bekas suaminya mempunyai hubungan sulit,” katanya.
Difahamkan, pasangan berkenaan baru lapan bulan berkahwin dan ia perkahwinan kedua wanita berkenaan.
Menurut sumber, selepas berlaku perang mulut, wanita berkenaan meninggalkan rumah itu dengan memandu kereta.
Bagaimanapun, kira-kira 10 minit kemudian, wanita itu datang semula ke rumah berkenaan dengan membawa sebotol petrol lalu dicurahkan ke badannya ketika masih berada dalam kereta.
Bekas suaminya cuba menghalang perbuatan itu, namun gagal sebelum wanita itu terlebih dulu menyalakan pemetik api menyebabkan api terus menyambar seluruh badannya,” katanya.
Menurut sumber, bekas suaminya turut melecur pada kedua-dua lengan dan dada, namun sempat menghantar bekas isterinya ke hospital.
Katanya, bekas suaminya cuba menyelamatkan wanita itu tetapi gagal sebelum pantas memeluk badan bekas isterinya dalam usaha memadamkan api.
“Akibatnya, bekas suami wanita itu juga melecur pada kedua-dua lengan dan dada, namun sempat menghantar bekas isterinya ke hospital,” katanya.
Difahamkan, wanita berkenaan dilaporkan kritikal dan masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang manakala bekas suaminya pula menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan. -GAMBAR HIASAN
Like Us
Blog Archive
-
▼
2013
(43)
-
▼
November
(43)
- Kisah Benar Yang Sedih - Abang, Tunggu Mak Di Syur...
- taufan haiyan balasan allah kerana runtuhkan masjid?
- Penjenayah langgar jengkaut selepas curi rantai emas
- Tiga wanita dalam satu bilik dicekup khalwat??
- Sihir kedai pesaing
- 4 ajal kereta berpusing
- Pengikut Siti Nurhaliza & KJ Berbalah Kerana Twitt...
- Bangunan Pencakar Langit Mencairkan Kereta Orang Awam
- Video Hari Terakhir Faizal Ismail (FBI) Bersama Ho...
- Seorang lelaki ditembak di Pengkalan Petah Tawang
- Mesothelioma Disease
- Cancer Support through Mesothelioma Lawyers
- Wajib Baca! Untuk Diri Sendiri Dan Juga Keluarga T...
- Sembilan Jin Berkawan Dengan Siti
- [TERKINI] Wanita bakar diri gara-gara kecewa di ce...
- SEDIKIT INFO PERLU KITA TAHU MENGENAI INSURANS
- Insurans perubatan jaminan rawatan pesakit, ringan...
- Lagi mangsa Lata Tembakah
- Mesothelioma
- Pencuri beri salam sebelum merompak
- 50 anggota JPAM kena rasuk
- Gambar Lawak: Inilah Orang-Orang Yang Memiliki Waj...
- [ Gambar ] Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam ...
- Pengawal keselamatan tembak mati pegawai Ambank be...
- #10 Perkara Yang Anda Nak Tahu Tentang Doraemon
- 20 Fakta Menarik Yang Korang Tak Tau
- [ Terkini ] Kanak-kanak diculik dijumpai di Taman ...
- Prank yang Melampau
- [DG4] #KEJADIAN DI LUAR AKAL FIKIRAN
- [DG2] #Sinopsis Playboy Itu Suami Aku
- [DG3] #Hahhh!!! berita Pengantin Malu Jumpa cicak ...
- [DG3] #Penyamun sewakan periuk nasi
- [DG4] #Bapa dalam masjid gementar anak maut nahas
- [DG1] #Emma Tiada Niat Sorok
- [DG2] #Syarat Kelayakan Baucar Buku 1Malaysia (BB1...
- [DG3] #Harga Playstation 4 (PS4) Di Malaysia
- [DG3] #Cincin Beracun Yang Boleh Membunuh
- [DG4] #Blue Lake, Tasik Paling Jernih Di Dunia (11...
- [DG1] #Zizan Raja Lawak Dimasukkan Ke Hospital
- [DG1] #DUA wajah artis popular ini tidak pernah di...
- [DG2] SERIUS : POLIS PALING TERKENAL SEMASA UJIAN ...
- [DG3] #Cara Protes Harga Minyak Naik
- [DG4] #Kartel Dadah Mexico Update Gambar Dan Aktiv...
-
▼
November
(43)
